SPECIAL TO ALL MY FOLLOWER

Word of the Day

Article of the Day

Quote of the Day

Thursday, December 30, 2010

CiNta MaTiKu

Cinta Matiku OST Drama Hani

drama "Hani"


Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Wednesday, March 17, 2010

-KeLeBiHaN & RaHsiA CiuMaN



Kelebihan dan rahsia disebalik ciuman

Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.

Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;

  1. Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.
  2. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.
  3. Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
  4. Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.
  5. Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.
  6. Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.
  7. Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.
  8. Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.
  9. Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
  10. Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
  11. Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.
  12. Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.

Haaa…setelah baca artikel ini, maka bolehlah dipraktikkan oleh mereka yang layak (suami isteri). Yang masih belum ada pasangan yang sah, walaupun mungkin ada keinginan yang membuak-buak untuk bercium, saya harap anda bersabarlah yer. Tunggu dah kahwin nanti baru boleh cium puas-puas. Jangan sekali nak cuba-cuba cium orang yang bukan hak anda. Nanti padahnya jawabnya. huhuhu

Sekian, selamat bercium. ngeh ngeh ngeh ;)

Tuesday, February 23, 2010

-MeNgaPa HaTi TiDaK BaHaGia

a) Pemarah
Paling
mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi
ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya
hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa
merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang
yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya
perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu
segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa
sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak
dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan


Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Tuesday, February 9, 2010

-SaMbuTaN BeRsaMa FaMiLy~~~KFC

bersedia untuk upacara memotong kek....

tidak sabar rasa hati ini untuk menjamahnye....sungguh mngiurkan..wow...


kedua2 insan ini yang menghadiahkan keke untuk diriku...terime kasih tidak terhingga,,,,

thanks uji 4 da bear that u give me..really happy with it...

areth, k.suzane and a.dan....uji xde coz sedang mengambil gambar untuk kami....he3....

ini adalah hadiah sempena hari ulang tahun diriku..terima kasih sume....semoge diriku ini semakin tabah menjalani liku2 kehidupan dan menempuh onak duri...


-HaRi LaHiR BeRsaMa TeMaN (burger king)~~~


kite pose dulu sebelum makan....hooray...

tujuh sekawan....fren forever,....

ila n areth....

with my roomate....

areth n yat...

burger king...i'm coming....hua3...

lisa, areth n pika...

mari kite menjamu selera....

candid time...mina, pika n areth...


masing2 merenung masa depan...insyallah kite sentiasa dimurahkan rezeki....amin..

-BeRSaMa TeMaN di DoMinO PiZzA

salam..bertemu kembali dalam ruangan ini...kinin usiaku sudah meningkat..semoge kite sentiasa berada dbawah lindungan-Nya,,,,insyallah..amin..

happy birthday to areth,pika n iezu...


seronoknye dapat makan pizza..yummy...






















kekenyangan selepas makan pizza...









ila, areth,ain n mina..






jemput makan ye kawan2...bersama selamanye,,,thanks to mina n ain for the pizza...syukran....

-MeNjaDi OraNg BaHaGia

Setiap orang ingin bahagia dalam hidupnya dan selalu mencarinya. Namun, tidak ramai yang mengetahui apa yang dapat membuat dirinya bahagia. Bagi orang yang cintakan harta, mereka menyangka bahawa dengan banyak harta dia akan bahagia. Padahal dia salah. Dia tidak tahu bagaimana caranya bahagia.

Begitu pun orang yang datang ke pengajian. Dia mencari kebahagian dengan datang ke majlis ta'lim kerana menganggap bahwa dengan ilmu dan dzikir, dia akan bahagia. Jadi, beragam cara yang dilakukan orang untuk bahagia. Dunia, dan seluruh isinya diperintahkan Allah untuk membahagiakan kita.




Kalau dirumuskan, orang yang paling bahagia sama dengan orang yang paling kukuh imannya. Orang yang belum yakin kepada Allah, akan berat hidupnya. Jadi, bahagia berbanding lurus dengan kekuatan iman. Sebagaimana yang pernah disabdakan Rasulullah, bahwa orang yang beriman adalah makhluk ajaib. Dia tidak pernah rugi. Jika mendapat kesenangan, bersyukur. Jika mendapat musibah, bersabar. Demikian pula makin kukuh imannya, akan semakin bagus pula akhlaknya. Dia tidak akan sembarangan berperilaku, tidak bertindak tanpa berfikir. Iman yang kuat akan melahirkan akhlak yang baik, begitu juga prestasi terbaik.

Pupuk iman adalah ilmu. Dan ilmu akan semakin berkah jika diamalkan. Apalagi jika diamalkan dengan ikhlas, itulah rumus menjadi bahagia. Janji Allah kepada orang seperti ini adalah dia akan diberikan jalan keluar, dan dicukupi keperluannya dari jalan yang tidak disangka-sangka.

Satu lagi ciri orang yang bahagia adalah tingkat tawakalnya yang luar biasa kepada Allah. Semakin kuat tawakal akan keyakinan seseorang, tentu Allah semakin mudah menolongnya. Jadi, untuk menjadi orang yang bahagia, kita harus berani introspeksi diri.

Sejauh mana kita gigih mencari ilmu. Sejauh mana pula kita mengamalkan setiap ilmu yang kita dapatkan. Dan, sejauh mana tingkat keikhlasan dan tawakal kita kepada Allah. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri.





Wednesday, January 27, 2010

-MuTiaRa KaTa SaiDiNa aLi

Salam...bertemu kembali setelah lama rasenye tidak berkongsi sesuatu yang baru di laman ini... Tiba-tiba teringat untuk berkongsi koleksi mutiara kata Saidina Ali r.a. Beliau bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta yang paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia luar biasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada seorang pun dapat menafikan kehandalannya di antara barisan pahlawan-pahlawan yang terbilang. Jom sama-sama kita hayati mutiara kata oleh beliau:

  • Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun.
  • Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui keampunanNya.
  • Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik.
  • Orang yang manis lisannya akan banyak mendapat teman.
  • Peribadi seseorang itu tersembunyi di bawah lisannya.
  • Dengan perbuatan yang baik orang merdeka dapat diperbudakkan.
  • Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan.
  • Tidak ada kemenangan bersama kedurhakaan.
  • Tidak ada pujian bersama kesombongan.
  • Tidak ada kesihatan bersama kerakusan dan kurang cerna.
  • Tidak ada kemuliaan bersama adat yang kuno.
  • Tidak ada kesentosaan bersama kedengkian.
  • Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan perbincangan.
  • Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan perbincangan.
  • Tidak ada keperwiraan bagi pendusta.
  • Tidak ada kemuliaan yang melebihi ketakwaan.
  • Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat.
  • Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan.
  • Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui.
  • Allah menyayangi seseorang yang mengenal keampunan dan tidaklah kekuasaannya menjadikannya melampaui batas.
  • Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan kesalahan.
  • Musuh terbesar itu ialah yang paling tersembunyi tipu dayanya.
  • Hikmah adalah milik orang beriman yang hilang.
  • Yang jijik itu menghimpun segala aib yang buruk.
  • Nasihat di tengah khalayak ramai itu adalah satu celaan.

Ada di antara mutiara kata ini mempunyai maksud yang tersirat dan mendalam. Semoga mutiara kata di atas dapat memberikan impak yang berguna untuk setiap pembaca. :)

Monday, January 25, 2010

-SeLaMaT UlaNg TaHuN ZaiNoRa

zainora, noratika,hartini


uji n areth


25 Januari...hari nie bufday kakak saye...semoge dengan kedatangan hari lahir ini akan menambahkan lagi kedewasaannya...hanya doa yang dapat aku utuskan untukmu...semoga pintu rahmat sentiasa terbuka untukmu,kakak....xtau nak beri hadiah ape..tapi bila jam menunjukkan 12 malam..aku pun menelefon kakakku dan apa yang menariknya ialah aku dedicate lagu selamat ulang tahun sayang by imran ajmain pada kakak aku...harap die suke...hanye itu yang termampu aku lakukan....

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu



Friday, January 22, 2010

-PeTa ImPiaN


peta impianImpian akan mengarahkan kita kemana akan melangkah, bagaimana akan berbuat dan bersikap. Dengan impian kita akan tau dimana titik akhir dari perjuangan. Dan segera setelah mencapai impian itu, kita dapat menggantikannya dengan impian lain yang belum tercapai.

Sahabat, dalam meraih impian, kita perlu strategi dan peta. Sehingga saat berjalan dan bertemu dengan hambatan, kita dapat memilih untuk melompatinya ataukah memutarinya dan mengambil jalan lain. Tanpa mengubah impian, hanya mengubah arah jalan saja.

Bayangkan anda berada di tengah samudera di atas sebuah speedboat.
Lima puluh kilometer di depan anda adalah sebuah pulau, dan di
pulau itu terdapat semua yang anda inginkan dan cita-citakan.
Semua impian anda. Dan satu-satunya cara untuk mendapatkan itu
semua adalah sampai ke pulau tersebut. Pulau itu ada di belakang
cakrawala. Tapi cakrawala yang mana…?

Masalahnya adalah anda tidak punya kompas, peta, radio, telepon,
dan anda tidak tahu mana arah ke pulau tersebut. Arah yang salah
akan membuat anda melenceng jauh sekali dari pulau impian,
sementara di sekeliling anda yang terlihat cuma laut dan langit.

Dalam dua jam, anda bisa saja telah sampai di pulau impian.
Tetapi bila anda salah arah – anda bisa kehabisan bahan bakar
sebelum bisa mencapai pulau impian.

Hidup tanpa tujuan yang jelas, tanpa mengetahui dan mengerti
kegunaan hidup anda – adalah sama dengan dilema pulau impian.
Semua impian anda sebenarnya bisa tercapai, namun untuk mencapainya
anda harus mengetahui peta impian. Yaitu apa, di mana, dan bagaimana mencapainya. Anda mutlak mengetahui arah untuk mencapainya. Tentukan peta anda sekarang – untuk dapat mencapai impian anda. Buat seteliti dan seakurat mungkin – dan selanjutnya anda tinggal mengarahkan speedboat anda ke pulau impian… Untuk selanjutnya, Anda meraihnya, merengkuhnya, dan tersenyum dengan bangga, “Inilah impianku, dan aku telah mendapatkannya.”
==========
Sahabat, berhentilah sejenak dan mari kita saling mendoakan,doa untuk sahabat kita, orang tua kita, orang yang kita cintai, serta tak lupa admin web ini :) . Semoga peta menuju impian hidup yang kita rancang, diridhoi Allah SWT. Kita sadari tubuh kita, nyawa kita dan nafas kita, sepenuhnya adalah miliknya. Tiada satupun peristiwa yang terjadi dalam kehidupan kita, tanpa ridhoNya. Selamat berjuang sahabat… Impian itu, sudah rindu untuk kita rengkuh, dan kita peluk.


Thursday, January 21, 2010

-aiR MaTa Di MaLaM PeRtaMa

Salam bertemu kembali...hi3...dah lama rasenye diriku ini tidak mengupdate blog ini untuk kesekian kalinye.,..Untuk mereka yang meminati cerpen,di kongsikan cerita di bawah. Ia sebuah cerpen yang agak panjang. Namun, berbaloi untuk membacanya.

Air Mata Di Malam Pertama

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

“Ana dah jadi isteri!” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

“Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan.

Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.

“Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.

Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.

“Sayang.!” Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.

Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.

“Abang..!” Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.

“Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”

Bisikku perlahan.

raku_041208

“Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku.

Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.

Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.

Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.

Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.

Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.

“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana.” Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulakan bicaranya.

“Apa dia ayah, mak? Macam penting je.” Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.

“Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.”
“Apa!!!” Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?!” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

“Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?” Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.

“Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana.” Ujar mak setelah sekian lama membisu.

“Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.” Terang ayah lagi.

“Ana!” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.

“Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”

“Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan.

Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini.

“Ahhhhgggg..!!” Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.

“Nanti kita kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu!” Ujar ayah padaku.
Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah satu agenda yang tidak boleh dilupakan.

Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.

Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.

Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.”

Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan.

“Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.
“Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.” Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.

Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.
“Abang nak kemana tu?” Soalku.

“Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi.” Jawabnya.
“Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.” Aku kesian melihatnya, keletihan.

“Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu.

“Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.

Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

“Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja.

“Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.”

“Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku.

“Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.
Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.

“Ish…abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.

“Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang.” Jawabnya tersenyum.
“Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.”

“Betul ni?” Soal suamiku cepat-cepat.

“Ish…gatal la abang ni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.

Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.

“Apa yang Ana menungkan ni?” Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.
“Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk.

“Alaa…sayang ni.macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku.

“Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea..!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.

“Sayang.!” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku.
“Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak aku pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu.
“Ana ikut aje kemana abang nak bawa.”

“Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya.

“Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.

“Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda.

“Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.

“Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?”

“Ish..abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.

“Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.”

“Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira.

“Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.

Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

“Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil.

“Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.

Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.

Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri.

Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu bertahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.

“Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu?

Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fikir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.”

“Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan.”

Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?

Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

“Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.

Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku.

“Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.
Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.

“Habistu apa yang sayang menungkan ni?”
“Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.

Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.

“Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.
“Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut..” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

“Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang!” Bisiknya.

Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.
“Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.

Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.

“Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.

Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.
“Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat.
“Pasal peminangan tu.” Ujarku.

Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.

“Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.
Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.

“Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku.
Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.

“Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.

“Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

“Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayah mempersoalkan keputusanku itu.

“Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.

Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.

“Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.
“Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.

“Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.
Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.
Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.

Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

“Bang…” Seruku.

“Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.
“Malam ni abang nak..nak..” Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya.

“Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum.
“Ah…abang ni.” Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.

“Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku.

Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

“Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku.
“Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku.
Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku.

Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku.

Aku cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda:
Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.

Rasulullah bersabda:
Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.

Rasulullah bersabda:
Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.

Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata.

Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.

Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya.

“Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.

“Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.” Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.

“Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.

“Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.
Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.

Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.
Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan.

“Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya.
“Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.”
“Zul sakit ke?” Tanya ayah.

“Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.” Jawabnya.

“Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak.
“Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.

Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalam rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.

Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.

“Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk.
“Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

“Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.”

“Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.”
“Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.”

“Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.” Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.
“Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah dari mana ia berputik.

“Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea!
Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan.
“Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.

Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu.

Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.
Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab.

Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi.

Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.

“Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak.

Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.

“Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadaMu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamaMu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.”

Amin..

Wednesday, January 13, 2010

-10 CaRa MeNanGaNi StReSs

Salam ceria untuk semua..

Setiap orang pasti akan stress..tidak kiralah seseorang itu memiliki kerjaya perofisional sekalipun, pekerja kilang, suri rumahtangga dan sebagainya masing -masing mungkin mengalami stress dengan sesuatu atau seseorang..

Disini di kongsikan bersama-sama anda cara untuk menangani stress atau tekanan.

  1. Senyum . Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah..
  2. Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Macam suri kalu suri ada masalah suri selalu pergi ke pantai..take time disitu sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
  3. Bertenang. Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.
  4. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga..erm, ibarat macam anda kena marah dengan boslah yea.
  5. Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.
  6. Peluk. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
  7. Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).
  8. Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.
  9. Allah. Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..
  10. Ceria. Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya..

Sekian, semoga anda berjaya menghadapi stress…
Ceria2 selalu… ;)