SPECIAL TO ALL MY FOLLOWER

Word of the Day

Article of the Day

Quote of the Day

Tuesday, November 24, 2009

petua mudah menghafal..

hallo semua.. di kesempatan ini saye ingin berkongsi petua dengan anda semua..kaedah berkesan untuk menghafal..walaupun x seberapa tapi insyaallah dengan berkat usaha yang telah kita lakukan, Allah pasti membantu kita sebagai hambanya....

-mengerjakan solat malam meskipun 2 rakaat
-selalu dalam keadaan berwudhuk
-bertaqwa kepada Allah
-niat makan untuk beribadah, bukan untuk mengikut hawa nafsu
-selalu bersugi

-TIPS MENGUATKAN DAYA INGATAN

Amalan peningkatan daya ingatan :
  1. Faham.
  2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
  3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  4. Percaya pada diri sendiri.
  5. Ulang berkali-kali.
  6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
  7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).
berdasarkan teknik-teknik yang saya kongsikan, ini semua bergantung kepada kesesuaian cara anda semua belajar..,berusahalah selagi termampu kita..insyallah berkat usaha kita, pasti membuahkan hasil yang membanggakan dan setimpal dengan usaha yang kita lakukan...amin...semoga kita mendapat rahmat dariNya....

MASA ITU EMAS..

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
  1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

TEKNIK BELAJAR BERKESAN..

Teknik Belajar 5R-STUV
  1. Recopy [salin semula]
  2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
  3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
  4. Recheck [semak semula]
  5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

  1. s-sumarize [ringkaskan nota penting]
  2. t-test your self [uji diri anda]
  3. u-use [gunakan]
  4. V-visualize [bayangkan selalu]

34 PETUA PELAJAR CEMERLANG

Berikut merupakan petua-petua dan yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:


  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

Monday, November 23, 2009

-masa yang paling baik untuk menghafal

hello..bertemu kembali...terima kasih kerana masih sudi menjenguk bolg saye nie...he3...ok..sekarang saye nak berkongsi dengan anda semua mengenai masa yang paling sesuai untuk menghafal sesuatu..x kiralah dalam pelajarn atau ape-ape pun...selamat mencuba...

  1. waktu subuh sebelum terbit fajar siddiq
  2. selepas solat subuh
  3. sebelum tidur malam
  4. malam yang sunyi sepi
  5. suasana sekitar yang tidak sibuk
  6. di antara waktu maghrib dan isyak
  7. jauh dari bunyi sesuatu yang boleh menggangu fokus

kaedah menghafal...

rasenye berkongsi tentang petua dan kaedah dalam blog ni lebih berfaedah dari saye menceritakan hal diri saya..he3...ok...ni antare kaedah menghafal yang boleh anda lakukan dalam kehidupan seharian...semoga setiap apa yang kita lakukan di dunia ini diberkati oleh tuhan...amin...
kaedah menghafal berkesan :

  • hafaln disertai latihan
  • tumpukan minat sepenuhnya
  • bahan hafalan tersusun rapi
  • fikiran dan hati mestilah tenang
  • selalu mengulangi
  • mula menghafal di peringkat kanak-kanak

-petua cepat mengingat..

ok...ni pula sedikit kaedah mengingat yang ingin saye kongsi kepada anda semua...walaupun saye ni belum berjaya sepenuhnya,tapi saye ingin berkongsi kepada anda tentang kaedah2 berkesan belajar..apa salahnye x?...ok..di sini terdapat kaedah cepat mengingat...kita hanya mampu berusaha...dan merintihlah selalu kepada Allah..insyallah mendapat ganjaran yang setimpal dengan usaha kita semua...selamat berjaya, teman2...

-ada kemahuan yang kuat
-beri tumpuan fikiran
-berehat sebentar selepas membaca atau menghafal
-sentiasa mengulang bacaan atau hafalan
-jangan mendengar semata-mata tanpa mengulang menyebutnya sehingga menjadi sebati dengan darah daging..
-mestilah memahami sesuatu fakta yang ingin dihafal
-minat yang tinggi dalam sesuatu perkara.
-tidak terlalu banyak kegiatan dalam satu masa

Saturday, November 21, 2009

prof.dr.noratika ramlan..

erm tetibe rase nak cite pasal prof.dr.noratika ramlan..entah kenape aku suke gile letak gelaran name aku nie prof.dr...padahal aku bru je ambil degree..nak kate dah habis study xlagi..ade lagi setahun setengah...kalu ade rezeki and peluang kerja terbuka pada aku...insyaallah...aku berharap benar yang lepas je abis study pure chemistry kat utm aku akan dipanggil jpa untuk berkerja...amin...mungkin dengan gelaran prof.dr. tue sedikit sebanyak pemangkin aku untuk continue study until phD...insyaallah..tapi aku xkesah..mane tawaran yang datang dulu itulah yang aku sambut...usai solat,aku sentiasa merintih pada tuhan agar dipermudahkan segala urusanku dan juga lapangkanlah rezeki aku..agar kesenangan menjadi milik aku selamanya..amin...

sem break's activity....

erm..dah nak tido actually..tapi need to wrote something here...hari ni agak penat sket r coz start kul7pg dah ade kat kedai...pergh..mule tue ngantuk gak r..pagi2 dah kene mandi..sejuk tue mandi air kolah..tapi aku kuatkan semangat demi untuk bantu ibuku dkedai..hari ni sgt sibuk..pagi2 dah ramai orang datang belanje..xmenang tangan aku dibuatnye...suasana kecoh menyelubungi d kedai ibu dan bapaku...erm...agak best r,but pening gak nak melayan karenah org2 y datang...biaselah manusia...macam2 perangai..kalu tak xde maknenye kehidupan kite nie...he3...ape y aku xbleh nak lupe pagi tadi..seorang pelanggan nie..die wat kecoh kat kedai..hu3...dah la ramai orang, die plak wat perangai..mule tu bengang r gak..tapi fikirkan die orang tua, aku tolak ansur r sket..kire baik jugak r aku nie..he3..dalm kul 12 baru r leh rehat sket..minum air..sementare tue ibuku masak nasi goreng n udang goreng..fuuhh memang layan r...udang memang sedap giler...hi3..pape pun aku gembire bile tgk ibu aku senang...alhamdulilah...wat mase skrg nie aku hanye bleh bantu ape y termampu jer..tapi aku janji ngan diri aku sendiri bile aku dah keje nanti, aku akn pastikan ibu dan bapaku merasa kesenangan seperti ape yang aku rasakan..insyallah...prof.dr.noratika ramlan to be..amin..

Friday, November 20, 2009

should i care?.....

ermmm...just to share something here.. about nur kasih ....really touching love story...hu3..the moral lesson that i got from this love story is that in one relationship, the most important thing is belive with each other...must have responsible and make sure give a full comitmen in the relationship...don't ever trust other people who had something bad...just go on with our own life...and i wish i could found someone who care, love and can share everything not only good but also the bad thing,,,insyallah..amin,,,

Thursday, November 19, 2009

madah cinta..benarkah?????.....

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

panahan cinta...

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.
Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah… perasaanya sama seperti perasaan kita… ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan.

cinta????segalanye tentang cinta..,,...

entah kenape tiba-tiba teringin nak bercerita pasal cinta......
Dalam perca-perca kenangan cinta, aku teringatkan titik permulaan aku mengenali diri mu. Beginilah cinta, mewarnai kehidupan kita semenjak kecil sehinggalah kita dewasa. Aku sering mengharapkan agar kau kekasih ku menoktahkan kebimbangan diri ini dalam percintaan. Mari kita buktikan pada dunia bahawa cinta kita ini suci dan abadi. Aku pegang erat janji mu, kita menuju gerbang cinta sejati. Jangan biarkan cinta ini karam di lautan sepi. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada mereka yang menjadikan cinta kita sebagai bahan perjudian. Mereka semua tidak berhak menilai percintaan kita, kerana rasa kasih dan sayang yang kita kongsi bersama ini hanyalah kita yang mampu memahaminya.
Aku umpama sekuntum mawar, cantik menawan dengan haruman lalu datang sang kumbang menyapa, memberi kasih menitip sayang lalu bermulalah suatu episod cinta agung antara kita.
Cinta ini umpama secawan madu dengan hempedu. Dilimpahi dengan kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba. Jika kita ingin merasai kemanisannya, jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga.

keluargaku kehidupanku...

ramlan wahid..

-insan yang tidak asing lagi ditempat kami..felda papan timur..seorang businessman berjaya..alhamdulilah,,,bapa saye seorang y sangat kuat berusaha..siang dan malam...penuh dengan kegigihan mencari rezeki demi untuk membesarkan 8 orang anak..saye bangge dengan beliau..hasil penat lelah beliau, terjadinye sebual banglo mewah, kedai, kenderaan yang sekarang semakin bertambah jumlahnye di mahligai kami sekeluarga,...sebagai anak, hanye syukur kepada Allah dan berharap kebahagiaan ini milik kami selamanye..insyaallah...


ainon kosnan..

-seorang ibu yang sangat membanggakan kami adik-beradik..kesabarannye y tinggi dalam membesarkan kami, cukup membuatkan kami rasa inginkan kehidupan ini berpanjangan selalu..nasihat tidak pernah lekang dalam dirinye,,,keprihatinan ibu dalam memastikan kehidupan kami adik-beradik sangat kami hargai dan berharap hanya tuhan y dpat membalasnye suatu hari nanti...walaupun ibu sibuk di siang hari menguruskan kedainye, tanggungjawabnye tidak pernah dilupakan..malah sentiasa mengutamakan kami sekeluarga..

aku tetap aku...

salam...hello..hai...
buat pertama kali menulis di blog sendiri rasa macam tak percaye...ape apepun saye bangge dengan diri saye...noratika binti ramlan,,,waktu dah malam...sesuai tido..tapi nilah mase y paling sesuai meluahkan sesuatu untuk di kongsi bersame...ape die yang ingin di kongsi????...tunggu selanjutnye....he3...